PRODUK BULK SMS

 

Setelah anda menyertai program 1whp ini anda akan diberikan sistem BULK SMS. BULK SMS ini membolehkan anda untuk menghantar SMS secara pukal dari laman web 1whp dengan hanya beberapa klik.

 

 

 

Apa Itu Bulk SMS

Bulk SMSs ialah satu sistem yang membolehkan kita menghantar sms secara pukal serentak dalam satu masa. Konsepnya seperti autoresponder. Contohnya kita mempunyai senarai 1000 nombor HP pelanggan, kita boleh hantar sms promosi terkini kepada semua pelanggan serentak terus ke HP pelanggan anda.

Sistem bulk sms ini banyak digunakan oleh organisasi besar seperti bank, syarikat telekomunikasi dan juga pasaraya besar. Jika anda seorang ahli Clubcard Tesco, pasti anda akan menerima sms promosi terkini di Tesco berdekatan dengan anda terutamanya ketika musim perayaan.

 

Kelebihan Bulk SMS

  • Penghantaran sms boleh dihantar ke seluruh dunia asalkan nombor tersebut sah.
  • Memudahkan promosi produk kerana orang pasti akan melihat iklan anda di HP mereka.
  • Penghantaran secara pukal. Jadi tak la lenguh tangan kalau nak hantar satu per satu.
  • Fungsi import nombor, biasanya sistem bulk sms membenarkan kita import nombor dari fail seperti txt atau excel.
  • Meningkatkan jualan produk kerana respon sms adalah lebih tinggi berbanding email.

 

Tips Pemasaran Mengunakan Bulk SMS

Jika anda mempunyai sistem bulk sms, gunakan dengan betul. Apa yang perlu anda buat sekarang ialah:

  • Mulakan untuk mengumpul database nombor telefon, nama dan email pelanggan anda.
  • Bina hubungan dengan pelangan anda. Hantar sms terima kasih dan nyatakan penghargaan anda kepada mereka.
  • Tawarkan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka seperti hadiah percuma, diskaun dan sebagainya.

 

Masa Yang Sesuai Guna Bulk SMS

Tips ni dari Pakar Pemasaran SMS Malaysia. Beliau menyarankan agar gunakan sistem bulk sms pada:

  • Waktu sarapan. Antara jam 9-10 pagi.
  • Waktu makan tengahari. Antara jam 1-2 petang.
  • Lepas waktu pejabat- Antara jam 5-6 petang.

Jangan gunakan pada waktu malam atau awal pagi kerana respon yang kurang terhadap sms. Mereka mungkin tidak akan melayan sms anda. Begitu juga waktu sedang bekerja. Elakkan daripada menganggu mereka dengan sms iklan anda ketika itu. Kesimpulannya elakkan:

  • Waktu Bekerja
  • Waktu Malam
  • Awal Pagi

SMS Marketing merupakan teknik pemasaran baru yang cukup berkesan.Jika ia digunakan untuk perniagaan, pastinya akan meningkatkan lagi jualan dan produktiviti perniagaan anda.

SMS dan Internet merupakan antara media baru yang mempunyai impak yang cukup besar kepada kehidupan seharian kita. Malah menurut statistik SKMM, Malaysia merupakan antara penguna SMS terbanyak di dunia walaupun kita hanya mempunyai 28 juta penduduk!

Ini menunjukkan rakyat Malaysia adalah penguna SMS tegar di dunia. Malah mengikut statistik terbaru SKMM, kadar pengunaan HP adalah 106.2% bagi penduduk Malaysia.

Ia melebihi daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini adalah kerana ada yang mempunyai lebih dari 1 telefon bimbit.

Nasihat saya gunakan Bulk Sms secara berhemah. Elakkan daripada menyalahgunakannya untuk tujuan tidak baik.